top of page
Search
  • Writer's pictureKinderbebe

Lifelong Readers

"Creating lifelong readers is one of the greatest gifts you can give your children." 

.

Ini antara objektif yang saya pegang untuk anak anak di @kinderbebemy. Ini juga antara kerisauan rata rata ibu bapa. Bila bercakap mengenai membaca, "main je? Tak belajar?", "umur berapa anak diajar membaca", "kenal huruf dulu ke, phonics dulu?". Terlalu panjang kalau nak di"list"kan. Phew.. bertenang parents.

.

Benda pertama yang perlu diberi perhatian adalah membentuk minat anak anak dahulu terhadap buku. Menanamkan kecintaan dan menghargai buku. Anak perlu melihat buku itu sebagai benda yang menyenangkan.

.

Seharusnya, proses ini perlu berlaku tanpa ada paksaan. Faktor pemilihan buku, waktu bila nak membaca, di mana dan berapa lama adalah diatas pilihan anak itu sendiri.

.

Saya pernah duduk dengan seorang anak yang "FOBIA" dengan buku waktu usia dia 5 tahun. Jujur saya kata, tidak mudah untuk mengubah persepsi itu, bila anak sudah mula mengaitkan buku dengan "takut". Jadi, pilihan itu ada di tangan kita. Berhati-hati.

.


36 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page