top of page
Search
Writer's pictureKinderbebe

Dewasa sebagai Role Model

Kajian banyak menunjukkan bahawa kanak-kanak banyak belajar melalui pemerhatian dan meniru (observation dan imitation) dewasa yang berada di dalam "circle" mereka.

.

"Behaviors" sang dewasa sangat mempengaruhi kanak-kanak. Ibu bapa dan Playcarers antara dewasa yang sangat memberi impak besar kepada Behaviors kanak-kanak ini.

.

Untuk anak menjadi itu ini, si dewasa ni dulu perlu menjadi itu ini tu dulu. Nak anak ada empati, rasa sayang, ada hormat, berkongsi malah apa sahaja ciri ciri yang kita nak, Ia perlulah bermula dengan si dewasa ni dahulu untuk Role model kesemua ciri ciri itu kepada anak. Anak perlu lihat, rasa kesemua itu dahulu.

.

Anak anak ini ibarat cermin, apa yang dilihat itulah yang mereka lontarkan kepada dunia. Betul, anak anak belum pandai berkongsi, belum ada empati kerana itu adalah faktor peringkat perkembangan mereka. Tapi sekiranya sang dewasa di sekeliling anak anak ini, mempamerkan apa itu empati, apa itu berkongsi tidak mustahil anak anak juga akan turut melakukan yang sama bila sampai waktu dan saatnya.

.

Nak kata anak anak di kinderbebe tak berebut, ada je, dan ia adalah benda yang perlu anak anak lalui pun. Cuma bezanya, kuasa "Role model" ini banyak membantu anak anak untuk menjadi lebih empati kepada kawan kawan lain dan mula belajar untuk berkongsi.

.

Hmmmm, jom kita audit diri kita wahai parents dan playcarers, siapa kita untuk anak anak ini imitate dan observe?

.

.


6 views0 comments

Recent Posts

See All

Reminder

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page