top of page
Search
  • Writer's pictureKinderbebe

"Engineering" ke "Early Childhood"



Kata hati kuat mengatakan "JUST DO IT".

.

Walaupun ada hati yang terluka dengan keputusan yang diambil, cakap cakap yang tak menyokong. Saya tetap berdegil dengan keputusan untuk "UBAH".

.

Hari pertama menjejakkan kaki di "office" yang dipenuhi ramai anak anak. Wow. Teruja. Ada yang takut, ada yang "friendly", ada yang aktif, ada yang duduk diam di tepi, setiap hari di penuhi dengan kejutan kejutan emosi.

.

Begitulah setiap hari bekerja dengan anak anak dan setiap kali jugak, kaki ini melangkah keluar dari "office", hati ini merasa satu kepuasan yang tak dapat digambarkan.

.

Cikgu tadika je?, basuh berak budak ke?, kerja dah macam bibik. Belajar lain kerja lain. Apa sahaja perkataan yang dilemparkan saat itu, memang sakit untuk di dengar, tapi itu tidak pernah mematahkan semangat.

.

Maaf, saya tak boleh ubah persepsi semua, kalau mereka melihat hanya dari sudut itu. Tapi saya selalu berbangga kerana menjadi antara orang penting, yang berdiri di barisan pertama dalam membentuk kehidupan seorang anak.

.

Kepada hati hati yang pernah terluka dengan keputusan ini, saya tidak pernah lupa janji saya untuk terus membanggakan kalian dengan pencapaian saya di bidang ini. Terus melaksanakan Amanah yang Allah hantar buat saya sebaik mungkin. Demi anak anak, saya #jalanterus dan #startright.

.

Dan saya menemui kebahagian saya di sini. Ya, di bidang ini. Bidang Pendidikan Awal Kanak Kanak. I proud of myself and this is my kind of Happiness.

.

33 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


Post: Blog2_Post
bottom of page