Apa agaknya tahap perkembangan sosial anak anak usia 2 tahun ni.
.
Pada kebiasaannya, pada usia begini, anak sudah mula menunjukkan minat dengan dunia persekitaran mereka.
Dan mengikut "stage of play" juga, biasanya anak umur 2 tahun ini, lebih kepada "parallel play". This means that they play next to instead of with each other.
.
Masih belum banyak komunikasi berlaku pada tahap ini. Usia ini juga mereka mula berkelahi berebut mainan dan sangat sinonim dengan dialog "It's mine, it's mine". Semua benda dia punya.
.
Berkongsi? Belum lagi pada tahap ini. Susah untuk mereka kerana mereka belum ada kebolehan melihat dari perspektif orang lain. Apa yang mereka nampak ialah " saya, saya dan saya". Yup. Dia dulu sebelum orang lain.
.
Egocentric thinking dan apa yang mereka lakukan lebih kepada memenuhi kehendak (desires) mereka.
.
Tapi, semua behaviors di atas boleh di atasi dengan bantuan kita yg dewasa ni. Menjadi Role model kepada mereka, bagaimana untuk berinteraksi dengan kawan kawan, bagaimana nak berkongsi, membantu mengenal emosi mereka bila mainan di rebut, ada perasaan sedih, geram dan mengajarkan empati, melihat kepada emosi kawan, bila mainan itu dirampas, kesian kawan sedih.
.
Tiada istilah paksa di sini. Tapi lebih kepada model kan behaviors itu untuk anak anak nampak dan rasa. Dan ia juga adalah satu proses untuk anak melalui kesemua ini. Bilamana ia disebut proses, ia tidak berlaku satu hari satu malam. Ia adalah langkah pengulangan yang berlaku setiap masa.
.
Tapi melihat kepada my boys ni, hmmm mereka tengah bermain bersama ni. Ada taking turns, lepas awak masuk, saya pulak masuk. Berkongsi mainan yang sama. Mereka bercakap sesama sendiri dan gelak ketawa. Maksudnya mereka faham apa yang mereka sedang bualkan.
.
Kesimpulan? Persekitaran dan siapa dewasa yang berada dengan anak anak adalah sangat penting. Bila mereka rasa selamat untuk meneroka dan bantuan dari dewasa yang sangat responsive serta memberikan masa dan ruang untuk mereka "grow", Subhanaallah, kita akan nampak mereka "grow" mengikut pace mereka beautifully.
.
Well done boys!
Comentarios